PEMBANTU TADBIR | INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA | KUALA LUMPUR

....
PEMBANTU TADBIR
Institut Integriti Malaysia
Kuala Lumpur

Permanent
Normal Hour
SPM / O Level / SKM Level 1 / SKM Level 2 / SKM Level 3 or Equivalent
Activities of head offices; management consultancy activities, Office administrative, office support and other business support activities
    
Senarai Tugas Jawatan:

1.Pengurusan Aset
• Membangunkan Master List Aset IIM untuk semua aset (Kenderaan, Perabot dan Kelengkapan-Pejabat, Peralatan Pejabat, Pengubahsuaian, Signboard, Peralatan Gimnasium dan Perabot dan Kelengkapan-Hostel) kecuali peralatan komputer dan buku Pusat Ilmu. 
• Menjalankan pemeriksaan fizikal aset di IIM untuk semua aset kecuali peralatan komputer dan buku Pusat Ilmu bagi pembangunan Master List Aset IIM.
• Membangunkan data-data dan menyediakan sample dan borang-borang aset kepada vendor sistem bagi pembinaan struktur Sistem Pengurusan Aset.
• Mentadbir, mengemaskini dan merekodkan aset-aset Seksyen Pentadbiran ke dalam Sistem Pengurusan Aset.
• Mengurus pelupusan aset bagi aset-aset yang rosak dan tidak lagi diperlukan oleh IIM mengikut SOP Pengurusan Aset yang berkuatkuasa.
• Menyelia aduan-aduan kerosakan semua aset kecuali peralatan komputer dan buku Pusat Ilmu.
• Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Aset IIM (JKPA).
• Menjadi Pembantu Pegawai Aset, Pegawai bertanggungjawab Seksyen Pentadbiran, Urusetia Pelupusan dan Urusetia Kehilangan dan Hapus Kira Aset.

2.Melaksanakan kerja- kerja pengurusan fail dan klasifikasi fail

3.Menguruskan proses pembayaran bil - bil utiliti dan menyediakan segala borang pesanan pembelian (Pink Form) 

4.Memberikan khidmat sokongan dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh bahagian/seksyen lain

Keperluan Pendidikan dan Kelayakan Akademik:
• Sijil Pelajaran Malaysia dan yang setaraf dengannya

Kemahiran – kemahiran yang diperlukan:
• Berkebolehan bekerjasama dalam kumpulan
• Bersikap positif dalam melaksanakan tugasan
• Kebolehan komunikasi
• Keupayaan memberi dan menerima idea
• Kemahiran Kepimpinan 
• Kemahiran Membuat Keputusan dalam situasi kritikal (critical thinking) 
• Kemahiran menggunakan aplikasi komputer (MS Office)
• Kemahiran dalam penggunaan sistem pengurusan aset

Pengalaman kerja yang diperlukan:
• Sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman di dalam bidang berkaitan pentadbiran
• Pengalaman di dalam bidang pengurusan aset, rekod dan fail merupakan kelebihan

Gaji
• RM 1,352.00 - RM 4,003.00 (tidak termasuk elaun/imbuhan)
• Tangga gaji bergantung kepada pengalaman dan kelayakan yang berkaitan

SUMBER: MYFUTUREJOBS